Tiga penguat kuasa direman siasatan sindiket pasport terbang

Tiga penguat kuasa direman siasatan sindiket pasport terbang

TIGA anggota penguat kuasa diiring keluar dari Mahkamah Majistret Kota Kinabalu hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Tiga anggota penguat kuasa direman selama enam hari bagi membantu siasatan berkaitan sindiket pasport terbang.

Perintah reman selama enam hari bermula esok sehingga 24 Julai dikeluarkan oleh Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali selepas permohonan dibuat oleh pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah.

Semalam, tiga anggota penguat kuasa ditahan di Pejabat SPRM Sabah semasa hadir memberi keterangan kira-kira pukul 2 petang. Siasatan dilakukan di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. 

Menurut sumber, tiga lelaki berusia 40-an hingga 50-an itu ditahan susulan kejayaan SPRM menumpaskan pemalsuan pembaharuan pasport dalam Ops Fly baru-baru ini.

Risikan selama sebulan berjaya membongkar sindiket ‘pasport terbang’ dengan penahanan tiga anggota penguat kuasa sebuah jabatan yang disyaki menerima rasuah kira-kira RM300,000 menerusi sindiket yang dipercayai bergiat aktif sejak tahun lalu.

“Kesemua suspek yang ditahan dipercayai melakukan perbuatan tersebut sejak tahun 2023 sehingga kini dan menerima wang rasuah kira-kira RM3,000 setiap seorang bagi seorang pemohon.

“Siasatan awal mendapati sebanyak 100 pemohon yang terlibat dan modus operandi adalah dengan memalsukan tandatangan penerima serta memanipulasi sistem cap jari pemohon. Sepatutnya pemohon perlu hadir sendiri di agensi untuk mengambil pasport yang telah diluluskan.

“Anggota penguat kuasa yang terlibat kemudian menyerahkan pasport kepada orang tengah tanpa kehadiran pemohon yang masih berada di luar negara,” katanya.

Menurut sumber lagi, hasil siasatan menunjukkan penguat kuasa terbabit menerima rasuah daripada ejen secara pindahan wang ke akaun bank milik salah seorang penguat kuasa yang kemudian mengagihkan kepada rakan-rakannya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya