Tidak mengapa jika Nedim bersama wanita lain - Nora Danish

Tidak mengapa jika Nedim bersama wanita lain – Nora Danish

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Nora Danish, meminta orang ramai agar memberi ruang dan menghormati jalan perceraian yang dipilihnya bersama bekas suami, Mohamed Nedim Mohamed Nazri.

Jelas pelakon Polis Evo itu, dia dan Nedim sudah mempunyai kehidupan berbeza maka tiada keperluan untuk warganet melaporkan setiap gerak geri bekas suami kepadanya.

“Tidak mengapa jika dia kelihatan bersama wanita lain kerana perceraian ini adalah permintaan saya.

“Jadi, biarlah dia dan kehidupannya. Jangan sampaikan kepada saya okay?

“Masing-masing sudah mempunyai jalan berbeza,” tulisnya menerusi sebuah hantaran di Instagram Story.

Bukan itu sahaja, dalam hantaran yang sama, Nora turut menafikan khabar angin kononnya dia dan Nedim masih tinggal bersama.

Tegasnya, sebarang komunikasi antara mereka berdua hanyalah demi memudahkan urusan menjaga anaknya, Mohamed Neqayl, 6.

“Saya tidak tinggal serumah dengan Nedim dan tidak akan tinggal serumah kerana kami sudah bercerai.

“Kami hanya rapat atas urusan anak-anak. Tidak lebih. Harap maklum,” tulisnya.

Terdahulu, pada Jun, Nora dan Nedim sah bercerai talak satu selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak, Mohamed Neqayl.

Selepas penceraian, Nora tampil dengan penampilan baru yang kini sudah berhijab.

Sebelum ini, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram atau Jejai pada Jun 2006 dan bercerai pada 2008.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak, Putra Rayqal,15.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN