Tiada siapa yang dapat menggantikan Siti Nurhaliza - Aisha Retno - Utusan Malaysia

Tiada siapa yang dapat menggantikan Siti Nurhaliza – Aisha Retno

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Saya tidak akan dapat menggantikan tempat penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza kerana dia sudah berada di level yang tersendiri.”

Demikian jawapan penyanyi muda, Aisha Retno apabila disamakan dengan biduanita negara itu usai membuat persembahan di pentas The Hardest Singing Show (THSS) baru-baru ini.

Jelas Aisha, komen yang diberikan oleh juri tetap, Edry Abdul Halim itu berniat positif dan membuatkan dia lebih bersemangat untuk mencipta lebih banyak kejayaan di masa hadapan.

“Saya agak terkejut sedikit apabila dia (Edry) berkata begitu. Mungkin itu sahaja apa yang dia boleh fikir saat itu.

“Sebagai penyanyi muda, saya sangat mengidolakan figura hebat, Datuk Siti dan saya yakin tiada siapa yang mampu untuk menggantikan tempat penyanyinya.

“Kata-kata itu saya ambil yang baik. Mungkin dia nak beritahu yang saya mampu untuk melakukan persembahan seakan-akan Siti Nurhaliza. Saya bangga tapi takut sebab saya tahu di mana kelebihan dan kekurangan saya,” katanya.

Dalam pada itu, pemenang Anugerah Persembahan Terbaik Anugerah Juara Lagu ke-38 itu berpandangan bahawa tiada siapa yang mampu untuk menggantikan artis-artis senior lain.

“Saya rasa sebagai selebriti tidak akan dapat menggantikan siapa-siapa artis senior. Tiada. Melainkan mereka ingin menjadi sesuatu yang baharu atau produk yang baharu. Ya, itu pasti.,” ujarnya.

Kongsi penyanyi Sutera itu lagi, dia yang baru empat tahun dalam industri seni sedar masih banyak lagi yang perlu dipelajari olehnya untuk layak berada dalam satu gelanggang dengan Siti Nurhaliza.

“Saya sangat gembira abang Edry berkata demikian di hadapan penyanyi legenda itu. Insya-Allah, kalau ada rezeki saya nak berguru dengan kedua-duanya untuk ‘sustain’ dalam industri ini.

Aisha diumumkan sebagai pemenang tempat keempat THSS dan membawa pulang wang tunai RM5,000, pakej pelayaran serta trofi sumbangan Astro.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya