Tiada rakyat Malaysia terlibat pesawat terhempas di Nepal

Tiada rakyat Malaysia terlibat pesawat terhempas di Nepal

ANGGOTA penyelamat dan tentera berada di lokasi nahas pesawat Saurya Airlines yang terhempas semasa berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan di Kathmandu, hari ini.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terjejas dengan insiden kemalangan udara melibatkan pesawat milik Saurya Air di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan, Kathmandu, Nepal.

Menurut Kementerian Luar, pihaknya melalui Kedutaan Malaysia di Kathmandu bagaimanapun sedang memantau teliti kesan susulan daripada kemalangan itu.

“Malaysia menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

“Rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan untuk berwaspada dan berhati-hati, serta mengikuti perkembangan terkini serta nasihat yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Wisma Putra memaklumkan, sekiranya mana-mana rakyat Malaysia memerlukan bantuan konsular atau mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Kathmandu.

Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh selepas sebuah pesawat penumpang jenis Bombardier CRJ-200 milik Saurya Air dengan nombor pendaftaran 9N-AME terhempas semasa berlepas di ibu negara Nepal.

Mengesahkan kejadian itu, jurucakap polis Nepal, Dan Bahadur Karki berkata, insiden berlaku ketika pesawat Saurya Airlines sedang dalam latihan penerbangan ke Pokhara, sebuah lokasi pelancongan terkenal.

Portal berita Khabarhub melaporkan, pesawat itu terbakar selepas terbabas di landasan.

Nepal mempunyai rekod prestasi yang menyedihkan dalam aspek keselamatan penerbangan, menyaksikan siri insiden pesawat ringan dan helikopter terhempas selama beberapa dekad.

Januari tahun lalu, kira-kira 72 orang terbunuh dalam nahas penerbangan syarikat Yeti Air, didakwa akibat kegagalan juruterbang.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN