Tiada rakyat Malaysia terlibat insiden tembakan di Oman

Tiada rakyat Malaysia terlibat insiden tembakan di Oman

WISMA PUTRA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden tembakan yang berlaku berhampiran sebuah masjid di kawasan Wadi Al Kabir, Muscat, Kesultanan Oman pada 16 Julai lalu.

Dalam satu kenyataan, Wisma Putra memaklumkan, Kedutaan Besar Malaysia di Muscat, Kesultanan Oman terus memantau rapat perkembangan insiden berkenaan.

Menurutnya,  Malaysia bersama masyarakat antarabangsa mengecam insiden tembakan itu yang menyebabkan sembilan individu terbunuh, termasuk seorang anggota polis.

Seramai tiga orang yang melakukan serangan turut terbunuh, manakala 28 orang lagi cedera.

“Malaysia merakamkan simpati dan takziah yang mendalam kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden ini, kepada rakyat Oman dan Kerajaan Kesultanan Oman.

“Malaysia tetap dengan pendirian menolak segala bentuk jenayah dan ekstremisme keganasan serta menyeru agar pelaku dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan  Besar Malaysia di Muscat, Oman. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya