KANGAR: Para peniaga makanan di negeri ini bakal berdepan denda sehingga RM2,000 jika masih ingkar menggunakan bekas berasaskan polistirena dan styrofoam untuk membungkus makanan selepas larangan mengenainya berkuat kuasa. Penguatkuasan larangan tersebut dilakukan setelah notis pemberitahuan dikeluarkan kepada peniaga dan pemilik premis di negeri ini pada 7 Jun lalu. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar (MPK), Affendi Rajini Kanth berkata, tindakan boleh dikenakan ke atas pengusaha makanan terlibat yang dikenalpasti masih menggunakan bahan tersebut. Affendi berkata, pelaksanaan larangan penggunaan bahan polisterina itu bakal melibatkan seramai 4,000 pengusaha premis makanan dan minuman…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya