Tiada campur tangan kerajaan Korea Selatan bagi pemilihan Jin BTS sebagai pembawa obor Sukan Olimpik 2024 - Utusan Malaysia

Tiada campur tangan kerajaan Korea Selatan bagi pemilihan Jin BTS sebagai pembawa obor Sukan Olimpik 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Jawatankuasa Atlet Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak dakwaan campur tangan kerajaan setiap negara bagi pemilihan pembawa obor Sukan Olimpik Paris 2024.

Salah seorang anggotanya, Yu Seung Min, memaklumkan pihak penganjur acara sukan berprestij itu menetapkan proses ketat bagi pemilihan tersebut dan tidak membenarkan sebarang campur tangan daripada mana-mana kerajaan negara terlibat.

“Pihak penganjur menetapkan proses pemilihan yang ketat bagi pembawa obor, justeru tiada campur tangan daripada mana-mana kerajaan bagi negara terlibat,” katanya.

Kenyataan itu sekali gus mematikan dakwaan liar yang kononnya kerajaan Korea telah merasuah Jawatankuasa Olimpik Paris agar anggota kumpulan BTS, Jin dipilih sebagai salah seorang pembawa obor bagi acara berkenaan.

Teredahulu, penyanyi berusia 30 tahun itu diperkatakan peminat selepas dia diumumkan sebagai salah seorang pembawa obor sempena acara sukan terbesar dunia itu.

Namun timbul khabar angin yang kononnya kerajaan Korea Selatan membayar Jawatankuasa Olimpik sejumlah habuan supaya Jin dipilih untuk peranan itu.

Sementara itu hasil tinjauan stesen televisyen SBS mendapati pemilihan 11,000 pembawa obor sukan Olimpik 2024 adalah berdasarkan cadangan diusulkan Jawatankuasa Penganjuran Olimpik, penaja rasmi dan kerajaan Perancis.

Pemilihan Jin pula adalah berdasarkan cadangan yang diusulkan rakan kerjasama rasmi Sukan Olimpik, Samsung Electronics.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya