Thariq Halilintar kahwini Aaliyah Massaid akhir Julai ini - Utusan Malaysia

Thariq Halilintar kahwini Aaliyah Massaid akhir Julai ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Personaliti media sosial terkenal, Thariq Halilintar memaklumkan bakal melangsungkan perkahwinan dengan kekasihnya, Aaliyah Massaid pada akhir bulan ini.

Menerusi saluran Youtube Mantra Room, Thariq memaklumkan persiapan menjelang hari bahagianya kini hampir lengkap.

“Persiapan cuma bebaki 20 peratus. Acaranya berlangsung tidak lama lagi, saya akan maklumkan tarikhnya nanti,” katanya.

Thariq pada 23 Jun lalu telah melamar kekasihnya.

Selepas satu tahun menjalinkan percintaan, pasangan tersebut akhirnya sepakat untuk membawa hubungan mereka ke fasa perkahwinan.

Thariq sebelum ini pernah menjalinkan hubungan istimewa dengan pempengaruh, Chandrika Chika.

Hubungan mereka bagaimanapun hanya bertahan selama tiga bulan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya