SAYA fikir Zamri Ismail yang berkongsi di Facebook EP penuh Luar Kavvalan pada penghujung 2022. Waktu itu, saya sedang aktif meneroka terbitan tempatan untuk dimasukkan dalam senarai sulung Album/EP Terbaik Pilihan Rondivu 2022. EP penuh yang dimuat naik di Youtube itu saya dengar dengan teruja. TETVANGVDARA sejujurnya, memberikan saya dilema waktu itu. Saya belum dapat membangunkan ‘rubrik’ lengkap untuk menilai album atau EP yang mahu dimasukkan dalam senarai. Yang pasti, saya mahu sesuatu yang segar. Tapi TETVANGVDARA tidaklah segar – menurut fahaman lazim terhadap perkataan segar itu sendiri – sebab…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya