TBA bakal 'gegar' Kuala Lumpur - Utusan Malaysia

TBA bakal ‘gegar’ Kuala Lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Trio popular Indonesia, TBA buat pertama kalinya bakal ‘mengegarkan’ Zepp Kuala Lumpur sempena konsert sulung mereka pada 29 November depan.

Dalam satu kenyataan, penganjurnya, menerusi konsert yang disokong oleh Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (Irama), peminat juga akan disajikan dengan persembahan UN1TY dan artis tempatan, Amir Hariz.

“TBA akan mempersembahkan koleksi lagu-lagu hit serta beberapa lagu baharu yang belum pernah didendangkan sebelum ini.

“Peminat akan dihiburkan dengan persembahan yang memukau, menjadikan malam itu pengalaman yang tidak boleh dilepaskan.

“Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan hebat ini secara langsung. Jumpa anda di sana untuk malam yang penuh dengan muzik dan kenangan indah!” katanya.

Tiket untuk menonton konsert TBA mula dijual kepada umum bermula hari ini dan boleh didapati di evb.ubertickets.asia.

Trio yang sebelum ini dikenali sebagai Coboy Junior namun nama baharu TBA diambil dari gabungan nama anggotanya Teuku Ryzki, Bastian Steel dan Alvaro Maldini.

Semasa dikenali sebagai Coboy Junior, mereka tampil berempat dan membawakan lagu-lagu genre pop serta popular menerusi lagu Kamu (2011), Eeaaa(2012) dan Kenapa Mengapa (2012). -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya