Sumbangan tingkatkan pencapaian murid Orang Asli etnik Jahut

Sumbangan PIBG bantu tingkatkan pencapaian murid Orang Asli etnik Jahut

SYARIKAT korporat dan wakil kerajaan negeri yang menyumbangkan peralatan Smart TV di Sekolah Kebangsaan Sungai Kiol, Jerantut baru-baru ini. – UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bukan sahaja keprihatinan serta tanggungjawab Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) pemangkin kepada kecemerlangan akademik, kokurikulum dan bina insan pelajar malahan menjangkau tugas yang sama dalam kalangan agensi luar.

Tugas murni berasaskan tanggungjawab sosial korporat (CSR) seiring dengan aspirasi Kementerian Pendidikan merealisasikan kejayaan murid di luar bandar dan pedalaman dalam semua bidang pelajaran.

Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kiol, Jerantut antara sekolah rendah yang terdiri daripada murid Orang Asli etnik Jahut sangat bertuah apabila menerima sumbangan sebanyak 11 buah peralatan Smart TV daripada Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tawar, Kilang Kelapa Sawit Jerantut, Syarikat Empat Mata Sawit dan Ahli Majlis Daerah Jerantut, Goh Sin Yin.

Guru Besar SK Sungai Kiol, Mohd Rosdi Mohd Diah berkata, hal itu merupakan julung kali program CSR daripada syarikat luar termasuk wakil kerajaan negeri untuk sekolah di situ khususnya kepada murid Orang Asli.

“Program bantuan peralatan belajar serta kemudahan pendidikan daripada pihak luar merupakan usaha terbaik untuk memberikan motivasi keberadaan murid Orang Asli di sekolah serta  mengalakkan mereka mengambil bahagian yang aktif pembelajaran di kelas. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN