SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dimasukkan ke hospital bagi menjalani pembedahan katarak mata sebelah kanan. Pejabat Sultan Selangor dalam satu kenyataan memaklumkan, pembedahan tersebut dilakukan selepas ia tertangguh selama lapan bulan. “Sultan Sharafuddin kini berada di hospital selepas dinasihatkan oleh doktor untuk menjalani rawatan pemeriksaan kesihatan (pemeriksaan kesihatan penuh) serta melakukan pembedahan katarak mata sebelah kanan. “Sebelum ini, baginda menjalani pembedahan sama untuk mata sebelah kiri. Susulan prosedur itu, Sultan Sharafuddin dijangka berada dalam fasa pemulihan selama 10 hari,” katanya, hari ini. – UTUSAN
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya