KUALA LUMPUR : Pelakon dan selebriti popular tanah air, Nur Fazura Sharifuddin, 40, menafikan bahawa rumah tangganya dengan Fattah Amin sedang bergolak sebagaimana dakwaan segelintir warganet.
Menurut Fazura, hubungannya dengan suami baik-baik sahaja selain mengakui tidak tahu bagaimana spekulasi tersebut boleh muncul.
“Sebenarnya saya tak tahu hujung pangkal daripada mana cerita ini bermula. Kawan-kawan mesej saya tanya hubungan dengan Fattah okey tak.
“Saya faham peminat nak ambil berat sebab dah lama tak nampak kami bersama. Saya dan Fattah okey sahaja,”katanya.
Fazura berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Rasmi Koleksi Merdeka 2024 Prospec KPM X Fazura di Hotel Westin, di sini, hari ini.
Selain itu, Fazura mengakui, kini lebih selesa mengehadkan sebarang hantaran mengenai kebahagiaan keluarga kerana menghormati apa yang berlaku di Palestin kini.
“Secara jujur saya memang terhadkan posting di media sosial. Saya terkesan melihat mereka di Palestin. Jadi saya rasa tak okey tunjuk kemesraan bersama keluarga di media sosial.
“Saya tak nak tunjuk kebahagiaan bersama anak dan suami,”katanya.
Tambah Fazura, dia juga mempunyai satu akaun media sosial yang khas dan ‘private’ yang dijadikan platform untuk berkongsi mengenai kehidupan peribadi.
“Saya ada satu lagi akaun private. Di situ sesiapa yang ada boleh lihat foto kami bersama.
“Boleh juga nampak perkembangan kami. Kalau ada spekulasi macam itu memang tak betul,”katanya.
Dalam pada itu, pelakon Hero Seorang Cinderella ini turut mengakui bahawa dia jarang berjumpa Fattah berikutan jadual kerja yang padat.
“Kami sangat sibuk dan jarang jumpa. Fattah keluar pagi balik malam. Tak ada masa nak tunjuk kemesraan,”katanya.
Sebelum ini, tular di media sosial mengenai dakwaan rumah tangga Fazura dan Fattah Amin bergolak berikutan jarang memuat naik foto bersama di media sosial sejak beberapa bulan yang lalu.-UTUSAN