Son Ye-jin anti cinta lokasi, kecuali Hyun Bin - Utusan Malaysia

Son Ye-jin anti cinta lokasi, kecuali Hyun Bin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Pelakon drama popular Crush Landing on You, Son Ye-jin, mengaku tidak menyukai konsep cinta lokasi iaitu dua pelakon menjalin hubungan di set penggambaran.

Namun begitu, ujar Son, prinsip itu teruji apabila dia bertemu suami yang juga pelakon, Hyun Bin, ketika bekerja dalam dua projek yang sama.

“Ramai pelakon yang bertemu jodoh semasa di set penggambaran atau dalam industri yang sama. Tapi saya kurang suka dengan idea cinta lokasi itu.

“Tapi dengan Hyun Bin mungkin sudah jodoh. Orang sekeliling kami selalu cakap wajah kami seiras dan saya selalu terfikir mengenainya.

“Selepas terlibat dua projek dengan Hyun Bin, saya kemudian memiliki perasaan berbeza dengannya,” katanya.

Son berkata demikian ketika diundang menjadi salah seorang panel di Festival Filem Antarabangsa Bucheon, baru-baru ini.

Selepas sah bergelar isteri pada Mac, 2022, ini adalah kali pertama pelakon itu bercerita secara terperinci mengenai pengenalannya bersama suami.

Bercerita lanjut mengenai keperibadian Hyun Bin, Seo mengakui jatuh cinta dengan sifat suaminya yang jujur.

“Dia seorang yang jujur, bukan cuma berselindung menunjukkan sisinya yang baik sahaja. Dia seorang yang boleh dipercayai.

“Lagipula, dia tampan dan tinggi,” katanya berseloroh.

Terdahulu, hubungan mereka mula dihidu apabila masing-masing dilihat keluar bersama di Amerika Syarikat.

Kali pertama bertemu, mereka disatukan menerusi filem The Negotiation sebelum terlibat untuk drama Crash Landing On You pada tahun 2020.

Son dan Hyun Bin sah bergelar suami isteri di sebuah majlis tertutup yang diadakan di sebuah hotel mewah di Seoul, Korea Selatan selepas setahun bercinta. Kini, mereka dikurniakan seorang anak lelaki.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya