Sofi Jikan pun hampir 'disengat' penjual kereta terpakai

Sofi Jikan pun hampir ‘disengat’ penjual kereta terpakai

PEMBELI kereta import terpakai atau kereta terpakai tempatan perlu bijak membuat pembelian kenderaan tersebut agar mereka tidak tertipu dengan tawaran peniaga yang tidak bertanggungjawab. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Para pengguna jalan raya yang berminat untuk membeli kereta terpakai terutama kereta import terpakai (recond) perlu berhati-hati dengan tawaran peniaga yang tidak bertanggungjawab semata-mata untuk mengaut keuntungan.

Ia apatah lagi penjualan kereta terpakai itu semakin ‘tepu’ berbanding penjualan kenderaan baharu yang berisiko pengusaha kereta terpakai mengambil tindakan terdesak menipu pembeli atau menawarkan jaminan tempoh waranti lebih panjang.

Ini termasuk meningkatkan perbatuan kepada 250,000 kilometer atau umur kereta hingga 15 tahun selain melanjutkan waranti merangkumi komponen kritikal kritikal.

Mengikut rekod, jumlah jualan kereta terpakai di negara ini kekal sekitar 400,000 hingga 450,000 unit setahun sejak 30 tahun lalu, berbanding kenderaan baharu merekodkan hampir 800,000 unit tahun lalu.

Menurut pengasas aplikasi SCRUT, Ts. Nik Muhammad Izwan Nik Mohd Kamel, pihaknya sering mendapat aduan pengguna yang menjadi mangsa penipuan kereta recond dan kereta terpakai tempatan sejak hari pertama SCRUT dilancarkan.

Antaranya, pelakon, Sofi Jikan turut hampir ditipu penjual ketika dia mahu membeli kenderaan terpakai apabila maklumat yang diberitahu penjual tidak sama selepas semakan dibuat melalui SCUT.

Kereta tersebut dikatakan merekodkan jumlah perbatuan 122,000 km dan tanpa terlibat kemalangan, namun setelah disemak, jumlah perbatuan sebenar adalah 144,000 km yang direkodkan sejak 2019 selain terdapat rekod kemalangan.

Soerang lagi pelakon, Iman Zulkarnain mengalami nasib yang sama ketika hendak membeli kereta di salah sebuah syarikat penjualan kenderaan terpakai yang didakwa mempunyai jumlah perbatuan 90,000 km dan tanpa rekod kemalangan.

Bagaimanapun setelah disemak dengan SCRUT, laporan terakhir perbatuan sebenar ialah 160,000 km dengan rekod kemalangan teruk.

“Apa yang saya boleh nasihatkan adalah masyarakat perlu cakna bagaimana cara untuk mengelakkan daripada ditipu kapitalis jahat yang sudah lama menguasai pasaran dengan menipu masyarakat.

“Antaranya adalah dengan menggunakan aplikasi SCRUT untuk menyemak sejarah dan maklumat kereta yang hendak dibeli atau membawa kereta yang hendak dibeli ke bengkel-bengkel kereta yang mereka percayai untuk melakukan pemeriksaan ke atas kereta yang hendak dibeli,” kata Nik Muhammad Izwan.

Seorang lagi Pengarah bengkel di Kuala Lumpur, SCRUT AUTO, Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin pula berkata, kerajaan telah melakukan tindakan amat baik apabila menaikkan nilai tuntutan di tribunal pengguna daripada RM20,000 ke RM50,000.

Hal ini menyebabkan lebih ramai mangsa penipuan kereta terpakai bangkit menuntut hak mereka di tribunal kerana kerugian mereka selama ini melebihi RM20,000 apabila ditipu oleh penjual kereta terpakai.

Katanya lagi, terdapat banyak tuntutan di tribunal pengguna telah dimenangi oleh pihak mangsa sejak pihaknya aktif memberi kesedaran dan pendidikan kepada masyarakat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN