SKMM tidak tahan, hanya rakam percakapan Hishamuddin Rais

SKMM tidak tahan, hanya rakam percakapan Hishamuddin Rais

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesahkan seorang aktivis sosial, Hishamuddin Md Rais bukan subjek siasatan dalam kes berhubung kandungan bersifat jelik yang dipercayai dikongsi semula melalui laman blog, TukarTiub miliknya.

Sebaliknya, jelas SKMM, tindakan tersebut diambil bertujuan merakam kenyataan beliau dan tiada sebarang penahanan atau sitaan peranti dibuat.

Menurutnya, siasatan selesai pada pukul 6.45 petang semalam dengan merakam percakapannya bagi membantu siasatan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields pada pukul 3.15 petang.

“Terdahulu, SKMM menyerahkan Notis Kehadiran kepada Hishamuddin mengikut prosedur yang ditetapkan.

“SKMM menegaskan bahawa sebarang tindakan siasatan terhadap mana-mana individu dijalankan berlandaskan peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hishamuddin semalam disoal siasat oleh polis selama lebih dua jam berhubung catatan blognya yang menimbulkan persoalan mengenai status kesihatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Catatan yang diterbitkan pada 25 April itu pada asalnya ditulis oleh bekas Ahli Parlimen, Tamrin Ghafar. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya