SK Sultan Ismail juara pesta pantun Kemaman

SK Sultan Ismail juara pesta pantun Kemaman

PESERTA pantun Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail yang menjuarai Pertandingan Pantun Sekolah Rendah peringkat daerah Kemaman, di Kemaman, baru-baru ini. – UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Ismail, Kemaman berjaya mempertahankan kejuaraan dalam Pertandingan Pesta Pantun Sekolah Rendah peringkat daerah Kemaman dua tahun berturut-turut, baru-baru ini.

Guru Besarnya, Mohd. Nasir Mat Omar berkata, dalam pusingan akhir, lima pemantun sekolah itu berjaya mengenepikan pihak lawan iaitu SK Rantau Petronas yang mendapat tempat kedua.

“Hasil usaha kerja keras pasukan pantun sekolah ini berjaya muncul sebagai johan peringkat daerah dua tahun berturut-turut mengalahkan tujuh buah sekolah lain.
“Melalui pertandingan ini, kita lihat dapat membantu murid lebih fasih Bahasa Melayu dan lebih bertambah pengetahuan kerana mereka perlu membina sendiri ayat untuk membalas pantun pasukan lawan,” katanya.

Mohd Nasir berkata, pasukan pantun sekolah itu dipimpin tiga orang guru iaitu Noriah Ishak, Norhidayah Char dan Nur Eida Namberom. Pasukan pantun itu dianggotai lima murid tahap dua Wan Zhariff Haiqal Wan Mohd. Effaizul; Muhammad Amsyar Zamri; Tengku Khaireen Nur Khadeeja Tengku Mohd. Saifulnizam; Nur Aina Afifah Zulkarnain dan Aniqah Rusyda bt Fadhlul Wahid. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN