SK Baling juara kejohanan catur MSSD

SK Baling juara kejohanan catur MSSD

Pasukan catur Sekolah Kebangsaan Baling (SKB) bergambar setelah memenangi pertandingn catur Peringkat Zon dan Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD), baru-baru ini. – Utusan/Norlia Ramli
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sekolah Rendah Kebangsaan Baling (SK) Baling mahu menjadikan sukan catur sebagai kebitaraan sekolah apabila pasukan caturnya muncul juara pertandingan sukan sekolah-sekolah peringkat zon dan peringkat Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD), baru-baru ini.

Penolong Kanan Ko-Kurikulum SKB, Roslina Che Omar berkata, kemenangan kedua-dua pasukan kategori lelaki dan perempuan bawah 12 tahun ini amat membanggakan pihak sekolah dan menjadi perangsang untuk langkah seterusnya.

“Sebelum ini aktiviti sukan di sekolah ini belum menyerlah, namun komitmen yang diberikan oleh cikgu-cikgu dan jurulatih telah mengubah kedudukannya sehingga menjadikan sekolah ini juara dalam pertandingan catur bagi kategori lelaki dan wanita bawah 12 tahun.

“Pasukan bola baling kategori lelaki dan perempuan bawah 12 tahun juga turut menunjukkan prestasi yang baik apabila mereka layak ke pertandingan seterusnya,” kata Ruslina.

Menurutnya, selain bola baling dan catur, sekolah mereka juga menjadi juara dalam permainan rugbi sentuh, keseluruhan pelajar yang terlibat adalah seramai 33 pelajar
yang terdiri daripada pelajar Tahun Lima dan Enam.

Beliau mengucapkan tahniah kepada jurulatih dan berterima kasih di atas kesungguhan dan semangat yang diberikan kepada pasukan pelajar-pelajarnya sehingga dapat meraihkan kejayaan yang baik dan berharap kemenangan yang seterusnya hingga ke peringkat yang lebih tinggi.

Jurulatih dan juga Pengerusi Teknik Catur Sekolah, Toh Yi Chai berkata permainan catur ini menjadi sasaran dan kebitaraan sekolah untuk menjadikan SK Baling ini terkenal dengan sukan catur.

“Sasaran ini hampir capai apabila pasukan catur kategori lelaki dan perempuan mencapai kejayaan sebagai Johan dalam pertandingan sukan antara sekolah peringkat daerah, baru-baru ini.

“Pasukan catur ini akan menjalani latihan secara berpusat dengan lebih giat lagi sebelum meneruskan perjuangan dalam pertandingan di peringkat Negeri yang akan berlangsung tidak lama lagi,” kata Yi Chai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN