Situasi tegang di Kenya: Suruhanjaya Tinggi pastikan keselamatan rakyat Malaysia

Situasi tegang di Kenya: Suruhanjaya Tinggi pastikan keselamatan rakyat Malaysia

POLIS Kenya mengawal kumpulan penunjuk perasaan yang berhimpun menentang cadangan pengenalan cukai baharu di Nairobi.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Nairobi sedang berhubung dengan semua rakyat Malaysia di Kenya yang mendaftar susulan situasi ketegangan berlaku di negara itu yang kini memasuki minggu keenam.

Kementerian Luar dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya turut menggesa mereka terus berkomunikasi bagi menerima maklumat terkini dan sokongan jika perlu.

“Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Nairobi sentiasa bersedia untuk memberikan bantuan dan memastikan keselamatan mereka.

“Rakyat Malaysia di kawasan yang terjejas dinasihatkan untuk terus berwaspada dan mengikuti arahan serta panduan terkini yang diberikan pihak berkuasa tempatan,” katanya hari ini.

Wisma Putra berkata, rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Nairobi.

melalui talian +254 (01) 11052710 +254 741 603952 atau [email protected].

Sebelum ini, suasana di ibu negara Nairobi bertukar kacau-bilau apabila orang ramai merempuh sekatan polis sebelum menyerbu masuk Parlimen dan membakar sebahagian daripada bangunan itu dalam protes anti kerajaan berhubung cadangan kenaikan cukai.

Bantahan terhadap rang undang-undang (RUU) kewangan yang tidak popular itu termasuk beberapa kenaikan cukai berterusan selama beberapa hari.

Ia termasuk cukai ke atas barangan seperti roti, minyak masak dan barangan kebersihan.

Cadangan itu dikemukan bagi membantu mengumpul dana membayar hutang asing yang kini mencecah AS$80 bilion atau RM377 bilion.

Cadangan itu telah menimbulkan kemarahan rakyat Kenya dengan ribuan penunjuk perasaan telah menyerbu bangunan parlimen Kenya sebagai bantahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN