KUALA LUMPUR: Walaupun hampir setahun representasi dihantar, Peguam Negara masih belum membuat sebarang keputusan terhadap permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menggugurkan tiga pertuduhan pengubahan wang haram dana syarikat SRC International Sdn. Bhd. berjumlah RM27 juta yang dihadapinya. Keputusan berhubung representasi yang dihantar pada 2 Ogos 2023 itu juga dijangka tidak akan dibuat dalam masa terdekat. Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Ashrof Adrin Kamarul pada sebutan kes tersebut di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, K. Muniandy di sini hari ini. “Tiada sebarang keputusan berhubung representasi.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya