Seronoknya meneroka ilmu falak

Seronoknya meneroka ilmu falak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 3 Muharam 1446 (9 Julai 2024) Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan telah menganjurkan Program Irsyad al-Falak di salah sebuah resort di Seremban. Program ini dijalankan bertepatan apabila bulan Muharam setiap tahun diisytiharkan sebagai bulan Falak.

Antara pengisian program ialah Menentukan Arah Kiblat yang tepat, Kaedah Melihat Anak bulan dan Menentukan tarikh awal bulan terutama (1 Ramadan, 1 Syawal, 1 Zulhijah dan 1 Muharam).

Program ini berjaya menyuntik semangat peserta terutamanya para pelajar sama ada di sekolah mahupun pengajian tinggi.

Kemahiran menguasai ilmu falak telah diwartakan sebagai fardu ain (jika berseorangan) dan fardu kifayah (jika berkumpulan).

Ia sangat penting terutamanya dalam menentukan arah kiblat ketika solat bersendirian dalam pelbagai keadaan tempat (seperti dalam hutan, padang pasir, di laut dan udara), dan keadaan masa (dinihari, pagi, tengah hari, petang, senja, malam dan tengah malam)

Dalam al-Quran terdapat pelbagai surah yang diberi nama bercirikan ilmu falak. Antaranya Surah ke-13 Ar-Ra’du (Guruh), Surah ke-53 An-Najmu (Bintang), Surah ke-54 Al-Qamar (Bulan), Surah ke-70 Al-Maarij (Mikraj-mikraj), Surah ke-85 Al-Buruj (Gugusan Bintang-bintang) dan Surah ke-91 Asy-Syamsu (Matahari).

Adalah diharapkan lebih ramai pelajar aktif dalam pelbagai program Meneroka Angkasa melalui Persatuan Falak Sekolah dalam aktiviti Kokurikulum Kementerian Pendidikan Malayasia.

Semoga lebih ramai rakyat Malaysia meneroka alam ciptaan Allah ini pada masa hadapan. – utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN