SANDAKAN: Sentimen anti-Malaya yang dimainkan pihak tertentu bagi menghasut rakyat menolak UMNO mencerminkan pemikiran ekstrem yang tidak memberi manfaat kepada rakyat Sabah. Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, dakwaan menyatakan UMNO sebagai parti Semenanjung cuba merebut hak-hak rakyat Sabah adalah satu tanggapan yang terlalu prejudis dan boleh merencatkan konsep Kerajaan Perpaduan. Beliau berkata, sudah 33 tahun UMNO bertapak di Sabah dan dipimpin oleh pemimpin tempatan termasuk beliau yang merupakan penduduk asal negeri ini. “Sebenarnya orang yang bercakap ini mulut celupar, maka jangan kita terlena dengan hasutan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya