Semua ahli Parlimen diarah buat pemeriksaan kesihatan 

Semua ahli Parlimen diarah buat pemeriksaan kesihatan 

PINDAAN terhadap semua undang-undang yang sudah tidak relevan perlu dilakukan secara berterusan dan memerlukan satu tempoh yang panjang untuk penilaian semula serta melihat isu-isu berkaitan yang mungkin timbul sebelum kerajaan bersedia membawanya ke Parlimen.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Semua ahli Dewan Rakyat wajib menjalani pemeriksaan kesihatan selewat-lewatnya 11 November ini. Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata demikian sebelum memulakan sesi Pertanyaan-Pertanyaan Jawab Lisan, hari ini. Katanya, jika mana-mana ahli Dewan Rakyat gagal berbuat demikian, nama mereka akan dipaparkan di laman web Parlimen. “Tanpa pengecualian. Surat mengenai pemeriksaan kesihatan itu sudah diedarkan kepada Yang Berhormat. “Pemeriksaan kesihatan ini akan dilaksanakan oleh Klinik Kesihatan Parlimen atau di fasiliti swasta. Pemeriksaan kesihatan ini adalah wajib dijalani oleh semua Yang Berhormat,” katanya. – UTUSAN

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya