Seleweng petrol RON95 meningkat, diesel berkurang

Seleweng petrol RON95 meningkat, diesel berkurang

ARMIZAN MOHD ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merekodkan sebanyak 46 kes dengan nilai rampasan 14,011 liter petrol RON95 selepas 20 hari pelaksanaan penyasaran susbsidi diesel iaitu sejak 10 Jun lalu.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, kes berkenaan menunjukkkan peningkatan berbanding 37 kes dengan rampasan 17,064 liter bagi tempoh 20 Mei hingga 9 Jun lepas.

“Jumlah tangkapan pula telah meningkat daripada 10 orang kepada 17 orang dalam tempoh yang sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata dalam tempoh sama juga, jumlah kes yang melibatkan penyelewengan minyak diesel telah menunjukkan penurunan signifikan.

“Bagi tempoh 20 Mei hingga 9 Jun lepas, jumlah kes yang telah direkodkan ialah sebanyak 65 kes dengan rampasan diesel sebanyak 520,803 liter.

“Manakala bagi tempoh 10 Jun hingga 30 Jun lepas, menunjukkan penurunan drastik dengan hanya 14 kes telah direkodkan
di seluruh negara melibatkan jumlah rampasan minyak diesel sebanyak 68,457 liter,” ujarnya.

Jelasnya, perbandingan ini menunjukkan berlakunya penurunan rampasan diesel
sebanyak 87 peratus selepas pelaksanaan penyasaran subsidi diesel dengan individu ditahan berkurang daripada 40 orang kepada seorang sahaja.

“KPDN akan terus mempertingkatkan tindakan penguatkuasaan dan pemantauan ke atas aktiviti penyelewengan barang kawalan di bawah Ops Tiris 3.0 di seluruh negara.

“Ini akan melibatkan kerjasama rapat agensi penguatkuasaan lain bagi memastikan isu ketirisan dapat diatasi secara menyeluruh dan berkesan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya