Seleweng dana derma awam: Pasangan pempengaruh disambung reman

Seleweng dana derma awam: Pasangan pempengaruh disambung reman

PASANGAN suami isteri pempengaruh (influencer) dibawa pegawai SPRM hadir ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada 10 Julai lalu. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pasangan suami isteri pempengaruh yang sebelum ini ditahan pada 10 Julai lalu disambung reman hari ini kerana disyaki terbabit dalam penyelewengan dana derma awam.

Perintah sambung reman bersama dua lagi individu dikenakan selama tiga hari sehingga 16 Julai ini dikeluarkan oleh Majistret Siti Zahirah Zaidon selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini berikutan tempoh asal reman kesemua suspek tamat pada hari ini.

Pada 10 Julai lalu, SPRM menahan kesemua suspek kerana disyaki terbabit dalam penyelewengan dana derma awam.

Menurut sumber, kesemua suspek iaitu tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 20-an hingga 30-an ditahan kira-kira antara pukul 6.30 petang hingga 11 malam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

Susulan penahanan itu, kesemua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada 11 Julai 2024 dan perintah reman selama empat hari sehingga 14 Julai lalu telah dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin.

“Suspek yang merupakan pasangan suami isteri dipercayai melakukan perbuatan tersebut sejak 2020 dengan menyeleweng kutipan derma yang tidak disalurkan dengan cara yang betul.

“Dianggarkan kutipan derma terbabit mencecah kira-kira RM3 juta dan siasatan masih di peringkat awal dan pada masa sama, dua lagi suspek turut ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes yang sama,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan sambungan tempoh reman tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya