KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) membantah permohonan seorang pengulas politik tempatan, Na’im Brundage untuk mendapatkan kebenaran bagi mencabar tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) menyekat akaun TikToknya. Bantahan tersebut difailkan pada 23 Julai lalu atas alasan permohonan semakan kehakiman difailkan Na’im Brundage bukanlah tindakan yang sesuai dan Ketua Penerangan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Jasin, Melaka itu juga telah menamakan pihak yang salah. Peguam Persekutuan, Ainna Sherina Saipolamin bagi pihak AGC berkata demikian ketika ditemui media selepas prosiding kes itu berlangsung di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Kamal…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya