Saya trauma, anxiety - Shima Anuar takut memandu kereta

Saya trauma, anxiety – Shima Anuar takut memandu kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Shima Anuar atau Noor Hashimah Anuar, 33,mendedahkan dirinya tidak boleh memandu kenderaan sendirian kerana berdepan masalah gelisah melampau atau anxiety.

Kata Shima, dia mula didiagnos penyakit tersebut selepas dirinya terlibat dalam satu kemalangan jalan raya ketika pulang dari set penggambaran.

“Semua itu jadi lepas terjadinya satu kemalangan semasa saya baru balik dari penggambaran. Memandu seorang diri nak balik tengah malam, lalu jalan hutan , hujan sangat lebat sampai tak nampak jalan dan sebagainya.

“Dalam isu ini, saya langsung tidak boleh memandu. Perasaan takut akan tiba-tiba datang sehingga buatkan saya tak boleh bernafas.

“Saya ada masalah anxiety dan panic attack, tapi saya mendapat sepenuh perhatian daripada insan tersayang,” katanya satu hantaran di Instastory.

Shima berkongsi mengenai masalah dihadapi itu bagi menjawab komen warganet yang mendakwa segelintir selenriti menggunakan alasan masalah mental untuk mendapatkan perhatian.

Selain itu, pelakon Suamiku Lelaki Pendosa itu turut menasihati orang ramai agar tidak menghakimi sesuatu jika mereka tidak tahu akan situasi yang sedang dialami rakan seindustrinya itu.

“Kalau kita tak duduk dekat tempat orang yang ada masalah itu, jangan menghakimi.

“Kita pun tak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Sesiapa pun boleh dapat masalah itu,” ujarnya.

Sebelum ini, penampilan Nonny atau Nonny Nadirah Zainuddin, 34, mengejutkan ramai apabila berkongsi video membotakkan kepalanya.

Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, Nonny dilihat membuka bajunya dan hanya memakai pakaian dalam sebelum bertindak mencukur rambutnya dengan mesin pencukur.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN