Saya menderita - Aishah serik terkena gangguan sihir - Utusan Malaysia

Saya menderita – Aishah serik terkena gangguan sihir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Datuk Aishah, 59, mendedahkan pernah menjadi mangsa perbuatan sihir ketika menyertai sebuah program realiti sebelum ini.

Aishah atau nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Ariffin memaklumkan pengalaman itu membuatkan dia serik menyertai mana-mana program realiti realiti selepas ini.

“Benar (terkena sihir). Saya menderita. Cuma tidaklah sampai masuk ICU (Unit Rawatan Rapi), jadi saya tidak ceritakan pada sesiapa.

“Perkara tak sahih, tak berlaku depan mata, tiada sijil mengatakan tentangnya. Tapi jawapan ringkasnya, ya,” katanya sempena pelancaran lagu Di Pinggir Kayangan, di sini.

Mengulas lanjut, Aishah berkata pengalaman terkena gangguan mistik itu boleh dibukukan untuk dikongsi dengan masyarakat.

“Memang sedih bila berhadapan situasi ini. Saya boleh bukukan kalau nak bercerita panjang mengenainya. Cuma, bila kita bercerita, ada yang tak percaya dan berpandangan sinis.

“Yang tahu saja tahu. Hendak cerita susah sebab kita pun tak tahu siapa musuh kita.

“Macam-macam penyakit sudah saya hadap. Santau, busung dan turun darah berbulan-bulan, itu semua saya sudah saya alami sejak umur saya 16 tahun,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya