‘Saya khuatir perpecahan umat Islam sebab isu qunut nazilah’

‘Saya khuatir perpecahan umat Islam sebab isu qunut nazilah’

MOHD, NA'IM MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar menzahirkan perasaan bimbang ekoran polemik bacaan doa qunut nazilah.

Dalam nada nasihat, beliau meminta masyarakat Islam tidak mendoakan musibah sesama saudara seagama hanya sebab terbawa-bawa berlebihan perbalahan isu fahaman siasah.

“Walaupun mungkin ada perbezaan pandangan politik, usah pula sampai ajak masyarakat untuk berdoa sebab kesannya besar dan boleh menjuruskan perpecahan umat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Sahabat Wakaf Korporat Yayasan Waqaf Malaysia serta penyerahan dana wakaf pelaburan dengan Permodalan BSN di sini hari ini.

Isu tersebut timbul susulan tindakan seorang ahli Parlimen pembangkang yang digantung baru-baru ini kerana membacakan qunut nazilah bagi mendoakan kehancuran kerajaan.

Beberapa ulama dan mufti negeri tertentu menyifatkan tindakan sedemikian sebagai tidak wajar namun ada juga menyokong sehingga mengakibatkan berlaku perdebatan umum.

Mengulas lanjut, Mohd. Na’im berkata, sekiranya ada perbezaan ideologi sekali pun, ia perlu diuruskan dengan tertib tanpa perlu melibatkan doa malapetaka sesama Muslim.

“Takkanlah begitu sekali marah dengan terus berdoa agar Allah menghancurkan saudara seagama sendiri walhal kita boleh menyelesaikan isu begini secara harmoni,” tambahnya.

Pada masa sama, beliau menegaskan pendirian rasmi kerajaan yang tetap lagi meneruskan doa qunut nazilah dibaca setiap kali solat fardu di semua masjid di Wilayah Persekutuan.

Sementara itu, mengulas tindakan pihak tertentu menyalahgunakan kutipan derma awam untuk kepentingan peribadi, beliau berpesan supaya individu tersebut ada sifat amanah.

Ini termasuk proses pengagihan wang kutipan zakat, sedekah dan wakaf yang menurut Mohd. Na’im berpotensi untuk berlaku pecah amanah jika pengendalinya tiada beriman.

Malahan beliau menasihatkan mereka yang terlibat agar ada perasaan tanggungjawab dipersoalkan Allah kelak jika sengaja mencuri sumbangan ikhlas daripada masyarakat.

“Ini memang amanah diberikan orang awam dan anda boleh dipersoalkan meskipun hanya ‘makan’ satu sen sahaja apatah lagi konon ada pula skim komisen tertentu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya