Saya dan David Teo tetap baik. Industeri seni ini kecil sahaja- Hun Haqeem - Utusan Malaysia

Saya dan David Teo tetap baik. Industeri seni ini kecil sahaja- Hun Haqeem

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Hun Haqeem, mengakui tidak menyimpan dendam dan masih memelihara hubungan baik bersama penerbit, David Teo, walaupun kes saman antara mereka masih berjalan di mahkamah.

Hun atau nama sebenarnya, Haqeem Hermy, 26, mendedahkan mereka baru sahaja bertemu di satu acara buka puasa dan saling bertegur sapa.

“Hubungan saya dan David baik, kami pun ada berbuka puasa sama-sama di satu acara. Ketika itu saya juga tanya khabar David dan isterinya.

“Industri seni ini kecil sahaja, pergi mana pun akan jumpa wajah yang sama. Konflik tidak akan bawa kita ke mana-mana.

“Cuma memandangkan perkara ini (kes saman) sudah berjalan, kita tunggu untuk habiskan,” katanya.

Hun berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kes saman pelanggaran kontrak syarikat produksi, MIG terhadap pelakon itu sejak 2020.

Tidak mengulas panjang mengenai perkembangan terkini kes berkenaan, pelakon yang meledak dengan siri drama Kampung People itu hanya menyifatkan isu saman berkenaan berjalan lancar.

“Semuanya masih sama dan kes masih berterusan sejak 2020. Saya rasa kedua-dua pihak juga mahu memudahkan perkara ini.

“Semuanya berjalan baik-baik sahaja, kita tengoklah nanti,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di majlis tayangan episod akhir drama Ke Kodiang With Love, di Mid Valley, semalam.

Sebelum ini, David mendedahkan telah mengambil tindakan undang-undang terhadap Hun Haqeem susulan kes pelanggaran kontrak bersama syarikat Metrowealth International Group (MIG).

Hun didakwa meninggalkan syarikat pengurusannya, MIG, walaupun kontrak masih berbaki dua tahun lagi.

Menurut David, Mahkamah Rayuan memerintahkan Hun membayar ganti rugi sebanyak RM 613,950.

David turut memaklumkan bahawa Hun sudah menjelaskan bayaran separuh daripada jumlah itu iaitu RM30,240.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya