Sabah ambil pendekatan agresif noktahkan miskin tegar

Sabah ambil pendekatan agresif noktahkan miskin tegar

JUHAR Mahiruddin (dua kiri) menyampaikan Anugerah Tokoh Maal Hijrah kepada Syed Abas Syed Ali sambil disaksikan oleh Hajiji Noor di Dewan Masyarakat Papar, Sabah hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PAPAR: Kerajaan negeri akan terus mengambil pendekatan bersifat agresif bagi menoktahkan isu miskin tegar di Sabah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, antara usaha yang diambil adalah menawarkan pekerjaan kepada ketua isi rumah (KIR) atau ahli isi rumah golongan miskin tegar dengan melibatkan beberapa agensi kerajaan dan syarikat swasta.

Langkah yang diambil melalui Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) itu disifatkan sebagai suatu proses penghijrahan keraja berjaya mengurangkan kadar miskin tegar di Sabah daripada 22,510 KIR kepada hanya 5,379 KIR.

Beliau berkata, kerajaan negeri bertekad untuk mengeluarkan golongan miskin tegar ini daripada garis kemiskinan. 

Beliau berkata demikian pada majlis sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Negeri 1446H/2024M di Dewan Masyarakat, di sini hari ini. Majlis itu disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Mengulas lanjut Hajiji berkata, ketibaan tahun baharu Hijrah yang diiringi dengan sambutan Maal Hijrah diharap mampu menyemarakkan lagi semangat juang dan menggilap cita-cita dalam jiwa semua umat Islam.

“Bukan sahaja dalam mengejar impian dan harapan, tetapi juga dalam memikul amanah yang dipertanggungjawabkan, terutamanya sebagai anggota dalam perkhidmatan awam yang berperanan sebagai penggerak dan pelaksana program-program pembangunan negeri dan negara,” katanya. 

Pada 31 Mei lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan usaha menoktahkan miskin tegar di Sabah akan dapat diselesaikan menjelang akhir bulan ini.

Hajiji berkata, generasi muda yang bakal mewarisi pimpinan negeri dan negara juga harus terus melakukan yang terbaik sebagai warga yang menjunjung tuntutan agama, bangsa dan negara. 

Kata beliau, tema sambutan Maal Hijrah tahun ini ‘Al-Falah Pemacu Malaysia Madani’ mengajak umat Islam untuk terus bekerja dan berusaha ke arah mencapai kejayaan dan kesejahteraan dalam kehidupan.

Pada sambutan itu, Juhar turut menyampaikan Anugerah Tokoh Maal Hijrah peringkat negeri kepada bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Syed Abas Syed –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya