PETALING JAYA: Lapan penghuni sebuah unit kondominium di KL Traders Square di Jalan Gombak dekat sini, berdepan detik cemas selepas ruang penyimpanan kasut terbakar awal pagi ini. Kejadian itu mengakibatkan tiga penghuni cedera ringan manakala lima lagi selamat. Komander Operasi Rozaidi Mat Isa berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima terima panggilan kecemasan pada 1.16 pagi dan pasukan operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setapak, BBP Gombak Selatan, BBP Sentul dengan kekuatan 21 anggota dihantar ke lokasi. Menurutnya, sebaik sahaja tiba, kebakaran didapati membabitkan ruangan tempat penyimpanan kasut di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya