IPOH: Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyediakan peruntukan sebanyak RM14 juta bagi pembinaan baharu Pasar Pasir Pinji di sini. Menterinya, Nga Kor Ming berkata, pembinaan semula pasar berusia lebih 50 tahun yang akan menempatkan 214 peniaga itu bakal siap pada 2027. Katanya, projek pembinaan dijangka bermula tahun ini selepas proses tender bagi lantikan kontraktor dimuktamadkan sebaik sahaja penyertaan ditutup pada 4 Ogos depan. “Pasar Pasir Pinji yang akan siap dibina itu nanti mempunyai beberapa ciri iaitu menjadi pasar pertama yang disertakan dengan Indeks Bangunan Hijau (GBI),…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya