Rasuah projek lebuh raya RM1 bilion: dua lagi pengarah direman

Rasuah projek lebuh raya RM1 bilion: dua lagi pengarah direman

Rasuah projek lebuh raya RM1 bilion, dua lagi pengarah direman di Mahkamah Majistret Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan reman dua lagi individu melibatkan dua pengarah syarikat sub kontraktor kerana dipercayai terbabit rasuah bagi pembinaan satu projek lebuh raya di Lembah Klang bernilai lebih RM1 bilion.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki dan perempuan berusia lingkungan 50-an ditahan antara pukul 5 petang hingga 7 malam tadi ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

Susulan penahanan itu, kedua-dua suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi dan perintah reman selama lima hari sehingga 7 Julai 2024 dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin.

“Kedua-dua suspek merupakan pengarah dari syarikat yang sama disyaki memberi rasuah kepada pegawai-pegawai badan berkanun.

“Ia sebagai balasan bagi mendapat kerja-kerja projek pembinaan lebuh raya yang sebelum ini dijalankan satu syarikat lain,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya