Rasuah projek lebuh raya RM1 bilion: Dua lagi individu ditahan reman

Rasuah projek lebuh raya RM1 bilion: Dua lagi individu ditahan reman

Rasuah projek lebuh raya RM1 bilion: Dua lagi individu ditahan reman SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman dua individu lagi melibatkan seorang pengerusi dan pengarah syarikat sub kontraktor kerana dipercayai terbabit rasuah bagi pembinaan satu projek lebuh raya di Lembah Klang bernilai lebih RM1 bilion.

Suspek itu yang merupakan pengerusi syarikat bergelar Datuk direman selama lima hari sehingga 6 Julai ini manakala pengarah syarikat pula direman tiga hari sehingga 4 Julai.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini.

Menurut sumber, kedua-dua suspek adalah lelaki berusia lingkungan 40-an hingga 50-an ditahan antara pukul 9 hingga 12 tengah malam tadi ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

“Kedua-dua suspek disyaki memberi rasuah lebih RM200,000 kepada pegawai-pegawai badan berkanun sebagai balasan bagi mendapat kerja-kerja projek pembinaan lebuh raya yang sebelum ini dijalankan satu syarikat lain.

“Mereka juga dipercayai turut memberi rasuah kepada pegawai-pegawai di sebuah syarikat konsesi lebuh raya untuk tujuan yang sama,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16(b)(A) Akta SPRM 2009.

Beliau turut mengesahkan kesemua suspek yang ditahan reman sebelum ini telah dilepaskan selepas tamat tempoh reman termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat konsesi lebuh raya pada Isnin dengan jaminan RM150,000. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya