Rasuah projek lebuh raya bernilai RM6 bilion: COO syarikat disambung reman

Rasuah projek lebuh raya bernilai RM6 bilion: COO syarikat disambung reman

SEORANG COO syarikat konsesi lebuh raya disambung reman di mahkamah majistret, Putrajaya..
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapat kebenaran untuk menyambung reman seorang Ketua Pegawai Operasi (COO) syarikat konsesi lebuh raya yang sebelum ini ditahan membabitkan pembinaan satu projek lebuh raya di Lembah Klang bernilai kira-kira RM6 bilion.

COO itu ditahan pada 15 Julai lalu kerana disyaki menerima rasuah melebihi RM300,000.

Perintah sambung reman selama tiga hari mulai esok sehingga Isnin ini dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya selepas tempoh asal reman suspek tamat pada hari ini.

Terdahulu, menurut sumber, suspek seorang lelaki yang berusia sekitar 50-an ditahan kira-kira pukul 8 malam pada 15 Julai ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

Susulan penahanan itu, suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada 16 Julai dan perintah reman selama empat hari sehingga hari ini dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin.

“Siasatan awal mendapati suspek telah menerima rasuah berjumlah melebihi RM300,000 daripada pemilik-pemilik syarikat bagi pembinaan satu projek lebuh raya di Lembah Klang yang bernilai kira-kira RM6 billion,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan sambungan tempoh reman tersebut dan berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya