RAS boleh bantu pupuk minat alam sekitar dalam kalangan pelajar

RAS boleh bantu pupuk minat alam sekitar dalam kalangan pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kesedaran tentang alam sekitar terutamanya berkaitan kehidupan dan keperluannya telah wujud lama sejak kewujudan manusia. Laporan berkaitan hubungan manusia dengan haiwan dan tumbuhan banyak dilaporkan oleh ahli antropologi, boleh dipupuk dengan NGO seperti RAS.

Antropologi ialah kajian berkenaan kemanusiaan, sains semula jadi dan sains sosial.

Abad ke-20 membawa semua manusia membincangkan isu alam sekitar apabila banyak kerosakan alam sekitar berlaku akibat aktiviti manusia.

Persidangan Stockholm pada tahun 1972 mengajak semua pihak bersama menjaga alam sekitar melalui pelbagai cara. Isu perubahan iklim, kehilangan kepelbagaian biologi dan penglibatan komuniti tempatan bincangkan.

Garis panduan, prinsip, matlamat dan objektif program pendidikan alam sekitar dirangka hasil daripada persidangan dunia itu demi kepentingan manusia dan alam sekitar.

Semangat kesukarelawan dalam kalangan remaja sangat diperlukan dalam penjagaan alam sekitar untuk generasi akan datang. Untuk itu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) melancarkan Rakan Alam

Sekitar (RAS) pada 2008 sebagai satu inisiatif membangunkan kesedaran dan menggerakkan anggota masyarakat dalam aktiviti pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar serta membudayakan amalan lestari.

Keahlian RAS terbuka kepada semua warga negara Malaysia daripada pelbagai kumpulan agensi, universiti, sekolah, industri dan komuniti. Ahli RAS diberikan kesedaran tentang alam sekitar dan menjadikan mereka sebagai rakyat yang bertanggungjawab dalam membanteras kerosakan atau mencemar alam sekitar.

Banyak aktiviti yang dianjurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Ekologi Malaysia (PEM), Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dan NGO atas talian, aktiviti seminar dan aktiviti di lapangan seperti membersih pantai, menanam pokok dan merentas hutan.

Semua aktiviti melalui pelbagai pendekatan antaranya termasuklah memahami keadaan alam sekitar secara saintifik seperti aktivititi mengutip plastik di pantai, memahami pencemaran dan penyebaran plastik serta kesan kepada manusi serta menanam pokok sebagai aktiviti pemulihan ekosistem atau habitat hidupan liar.

Pemikiran secara saintifik dalam kalangan rakyat Malaysia sangat penting bagi menguruskan alam sekitar. Aktiviti RAS dapat membentuk generasi yang prihatin kepada alam sekitar pada masa hadapan. – UTUSAN

Dr. Ahmad Ismail ialah Presiden Persatuan Ekologi Malaysia (PEM).

Nota: Pembaca yang ingin memberi komentar cadangan atau  syor mengenai sesuatu isu boleh e-mel kepada [email protected]

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN