PETALING JAYA: Rapid KL mengaktifkan perkhidmatan tren aliran transit ringan (LRT) berikutan kejadian kebakaran kecil berhampiran Stesen Kelana Jaya dekat sini. Akaun X @askRapidKL memaklumkan, tren dari Putra Heights akan berpatah balik di Stesen Ara Damansara manakala tren perantara antara Stesen Ara Damansara dan Stesen Kelana Jaya hanya di Platform 2. “Tren dari Gombak akan berpatah balik di Kelana Jaya. “Untuk bantuan, penumpang boleh merujuk pegawai stesen atau polis bantuan. Ikuti kami untuk kemaskini selanjutnya,” katanya. Rapid KL turut memohon maaf atas kesulitan tersebut. – UTUSAN
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya