DAHULU, mandi bunga sering dikaitkan untuk mempercepatkan jodoh tetapi kini ramai mengamalkannya untuk mencari kerja. Amalan itu menjadi pilihan rata-rata wanita muda sebagai alternatif untuk membina keyakinan diri apabila menghadapi temu duga. Pemilik Spa Bayu, Norzila Hussin berkata, trend itu dipercayai makin popular dalam kalangan pelanggannya sejak tiga tahun kebelakangan ini. “Sebenarnya sesiapa pun boleh mandi bunga sama ada yang bujang, sudah berkahwin atau bakal pengantin. “Amalan ini diketahui mampu menaikkan seri, memberikan aura positif dan mengharumkan tubuh badan. “Selain itu, mandi bunga dapat membantu pencari kerja agar lebih relaks,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya