PETALING JAYA: Pemilihan Puteri Sarah sebagai ikon ibu tunggal dilihat bertepatan dengan matlamat MommyHana terutama memperkasa wanita terutama golongan ibu tunggal yang sentiasa kuat untuk anak-anak.
Pengasas dan Pengarah MommyHanna, Hana Shahadan berkata, Puteri Sarah memberi impak positif kepada masyarakat melalui perkongsiannya di media sosial dalam menginspirasikan ramai ibu tunggal khususnya di negara ini.
“Puteri Sarah adalah ikon ibu tunggal yang kita rasa sangat memberi impak positif kepada masyarakat di luar sana yang masa seorang wanita harus menjadi kuat untuk anak-anak.
“Kandungan dihasilkan Puteri Sarah tular dengan mendapat jutaan tontonan, malah banyak memberi impak baik daripada segi kekeluargaan.
“Dia mengajar dan memberi nasihat bagaimana seorang ibu sangat menyayangi anak-anaknya.
“Kandungan ‘viral’ dihasilkannya menyebabkan kami rasa tersentuh dan ingin memberikan anugerah khusus kepada mereka kerana membantu MommyHana daripada segi kandungan dan pemasaran,” katanya.
Dalam majlis anugerah sama, pelakon, Nad Zainal turut menerima anugerah khas sebagai penghargaan di atas sumbangankepada peningkatan tahap kredibiliti dan pengukuhan jenama tersebut.
“Nad Zainal dipilih disebabkan dia seorang pempengaruh yang membantu MommyHana daripada segi kandungan sehingga apa yang dihasilkan meraih tontonan keseluruhan sebanyak 10 juta.
“Kandungan dihasilkan bersama suaminya, Ungku Ismail memberi impak positif kepada masyarakat bagaimana perlunya sentiasa bermaafan dan mudah memaafkan.
Mereka menghasilkan kandungan yang memberi impak baik kepada masyarakat sebagai keluarga, malah sebagai suami isteri. Disebabkan itu kami beri satu penghargaan kepada mereka,” ujarnya.
Dalam majlis sama, jenama tersebut turut melancarkan reka bentuk baharu beg kanak-kanak MommyHanna yang lebih baik dan mesra pengguna termasuk memperkenalkan produk ‘My First Book’ iaitu kolaborasi bersama siri animasi terkenal, Upin & Ipin.
“Semasa majlis tersebut kita lancarkan enam reka bentuk terkini beg MommyHanna. Beg-beg itu kami buat penambah baikan daripada segi ketebalan span supaya budak-budak lebih rasa ringan semasa bawa beg.
“Kita juga ada tambah tali dekat dada. Kita letakkan teknologi yang lebih bagus pada beg tersebut untuk membantu anak-anak kita supaya dapat merasakan beg mereka lebih ringan untuk ke sekolah.
“Selain itu, produk kedua yang dilancarkan adalah ‘My First Book’ iaitu kolaborasi bersama Upin & Ipin. Itu adalah produk yang pernah berjaya sebelum ini tapi kita keluarkan balik versi Upin & Ipin. Ia lebih mantap dan hebat daripada segi kolaborasi dan reka bentuk. Ia bakal memberi imej baharu yang lebih segar terhadap produk itu,” katanya.-UTUSAN