Pusat Satelit Ekspatriat kedua dibuka di KLIA Terminal 2

Pusat Satelit Ekspatriat kedua dibuka di KLIA Terminal 2

SAIFUDDIN Nasution Ismail melancarkan Pusat Satelit Ekspatriat di KLIA Terminal 2. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Sejak dilancarkan November 2021, Pusat Satelit Ekspatriat (ESC) yang beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 mengeluarkan sebanyak 22,462 pas kepada ekspatriat.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, susulan kejayaan itu, operasi ESC kini diperluaskan ke KLIA Terminal 2 dan mula beroperasi sejak 4 Jun lalu.

Beliau berkata, ESC KLIA Terminal 2 ini mula beroperasi sepenuhnya 24 jam sehari dengan kekuatan empat orang pegawai yang bergilir-gilir mengikut shif.

“Sejak mula beroperasi bermula 4 Jun sehingga Ahad lalu, ESC KLIA Terminal 2 telah mengeluarkan sebanyak 72 pas kepada ekspatriat,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan ESC KLIA Terminal 2 di sini, hari ini.

Katanya, Malaysia telah merekodkan peningkatan bilangan ekspatriat sekali gus menunjukkan bahawa negara menjadi salah satu destinasi pilihan bagi syarikat multinasional dan pelabur.

Saifuddin berkata, peningkatan kemasukan ekspatriat dengan pelaburan ini akan memberi kesan positif kepada ekonomi negara selain menjana peluang pekerjaan.

Menurutnya, pembukaan ESC ini membuktikan kesungguhan dan komitmen Jabatan Imigresen (JIM) dengan kerjasama TalentCorp dalam memudah cara urusan imigresen dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara.

Ia berperanan sebagai pusat pengeluaran pas Imigresen untuk ekspatriat, profesional dan tanggungan mereka yang diluluskan bagi membolehkan mereka tinggal dan bekerja serta-merta di Malaysia dan memintas tempoh menunggu 30 hari sebelumnya.

Jenis pas yang dikeluarkan adalah Pas Penggajian (EP), Pas Tanggungan (DP), Pas Lawatan Ikhtisas-Pakar (PLIK), Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang (PLS), Pas Residen-Talent (RP) dan Pas Tanggungan Residen-Talent.

Ditanya warga ekspatriat paling ramai bekerja di negara ini , Saifuddin berkata, ekspatriat paling ramai adalah dari India, Eropah dan China membabitkan sektor pekerjaan minyak dan gas; teknologi maklumat, pembuatan, kejuruteraan dan pendidikan.

Ditanya juga sama ada ESC akan diperluaskan ke lapangan terbang antarabangsa lain pada masa depan, Saifuddin berkata, beliau tidak menolak kemungkinan itu bergantung kepada potensi kemasukan ekspatriat.

“Buat masa ini, kita tumpukan ESC di KLIA Terminal 1 dan 2 memandangkan tiga perempat daripada 35 juta pengembara dari luar negara masuk melalui dua lapangan terbang itu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya