Prospek kerjasama ekonomi digital dan hijau Malaysia-Singapura - Utusan Malaysia

Prospek kerjasama ekonomi digital dan hijau Malaysia-Singapura

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail sebelum berangkat pulang kepada baginda di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura baru-baru ini.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Terdapat prospek untuk kerjasama baharu dalam ekonomi digital dan hijau, termasuk e–dagang dan penjualan tenaga diperbaharui antara Malaysia dan Singapura.

Antara bidang kerjasama sedang dibincangkan itu adalah industri 4.0, pembuatan termaju, sektor perkhidmatan, dan eko–pelancongan.

Demikian dipersembah maklumkan oleh Tuan Yang Terutama Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Datuk Dr. Azfar Mohamad Mustafar kepada Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika mengucapkan selamat berangkat pulang kepada baginda di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura baru-baru ini.

Hadir sama, Presiden Persatuan Muhammadiyah Singapura, ustaz Muhammad Azri Azman.

Baginda berangkat ke Singapura bagi mengetuai lawatan kerja Ahli Jawatankuasa Kewangan MAIPs selama tiga hari.

Tambah Azfar, bagi suku pertama 2024, Malaysia ialah rakan dagangan ke–2 terbesar Singapura selepas China, dengan jumlah dagangan sebanyak RM92.6 bilion meningkat lima peratus untuk tempoh sama pada 2023.

Katanya, Singapura merupakan sumber pelaburan tertinggi untuk tahun 2023 dengan jumlah pelaburan sebanyak RM43.7 bilion.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN