PETALING JAYA: Projek pengurusan air di Sungai Perak yang bakal digunakan untuk pembekalan air ke Pulau Pinang dan menampung keperluan industri akan dimulakan tahun ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaksanaan projek berkenaan dapat dipercepat selepas beberapa isu khususnya berkaitan pemilikan tanah diselesaikan lebih awal selain kerjasama amat baik Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan kerajaan negeri Perak. “Kalau (projek membekalkan) 700 juta liter air sehari, apakah boleh disegerakan, saya sudah umumkan bahawa projek ini memudahkan kerana tanah Kerian itu milik Sime Darby. Jadi, tidak ada isu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya