PRK Sungai Bakap: SPR selesai semak peralatan mengundi

PRK Sungai Bakap: SPR selesai semak peralatan mengundi

SPR selesai menjalankan proses  semakan peralatan mengundi bagi pelaksanaan Hari Mengundi PRK Sungai Bakap, Sabtu ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) selesai menjalankan proses  semakan peralatan mengundi bagi pelaksanaan Hari Mengundi  Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap, Sabtu ini.

Setiausahanya, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, semakan peralatan itu termasuklah peti undi, kertas undi, petak  undi dan dakwat pilihan raya untuk memastikan kesemua kelengkapan itu lengkap dan dalam keadaan baik.

Katanya, kesemua peralatan ini diagihkan kepada ketua-ketua tempat  mengundi (KTM) bagi setiap tempat mengundi (Saluran).

“Seramai 552 orang petugas akan bertugas bagi proses pengundian  ini melibatkan sembilan Pusat Mengundi.

“Sejumlah 65 saluran akan dibuka untuk tujuan pengundian dengan seramai 39,151 orang bakal mengundi di PRK ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ikmalrudin berkata, pengundi  dinasihatkan untuk tidak keluar mengundi pada  saat-saat akhir dan digalakkan supaya keluar mengikut  Masa Keluar Mengundi Yang Digalakkan seperti tercatat pada aplikasi MySPR Semak.

Walau bagaimanapun, katanya, pengundi masih boleh keluar mengundi mengikut kelapangan masa  dari pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang atau mengikut waktu  Pusat Mengundi diwartakan.

Pada masa sama, katanya, semua pihak hendaklah menghentikan  sebarang bentuk aktiviti berkempen selepas tepoh rasmi berkempen tamat pada 11.59 minit malam ini termasuk aktiviti merayu undi termasuk di luar Pusat Mengundi dan juga melalui saluran media  sosial.

“Semua parti atau calon bertanding adalah dilarang untuk  membuka, membina atau menyelenggara barung pada Hari  Mengundi kerana perkara tersebut merupakan satu kesalahan di  bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“SPR berharap semua pihak mematuhi undang-undang, peraturan  dan etika pilihan raya bagi memastikan kelancaran proses pilihan  raya serta tidak menggugat ketenteraman awam.

“Sebarang  pelanggaran undang-undang yang berkaitan boleh dikenakan  tindakan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya