Prinsip ‘Childfree’ : Sayang, anak pengikat kasih - Hazama - Utusan Malaysia

Prinsip ‘Childfree’ : Sayang, anak pengikat kasih – Hazama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Penyanyi, Hazama, 40, berpendapat, adalah merugikan buat mana-mana pasangan muda yang memilih untuk tidak mempunyai anak atas prinsip ‘childfree’ yang menjadi trend pada waktu ini.

Bagaimanapun, Hazama atau nama sebenarnya, Hazama Azmi mengakui dia tidak menyalahkan pasangan terbabit kerana mereka berhak menentukan keputusan sendiri berhubung perkara tersebut.

“Secara peribadi, saya rasa sangat rugi sebab anak itu sebenarnya pengikat kasih sayang yang membuatkan kita belajar banyak benda.

“Tapi terpulanglah kepada setiap pasangan, siapa saya untuk cakap lebih-lebih, mungkin mereka belum lagi mendalamo erti perkahwinan yang sebenar, mungkin mereka ada matlamat lain.

“Pada saya, kalau kahwin dan boleh dapat anak, biarlah ada anak, nanti bila kita nak Allah tak bagi, macam mana?”katanya.

Hazama berkata demikian semasa ditemui pada sesi pra-dengar Album Pujangga di kediamannya di sini, hari ini.

Selain itu, penyanyi lagu Penglipurlara ini berkata, dia juga tidak bersetuju apabila wujud pasangan tidak bertanggungjawab yang tergamak mendera atau membuang anak yang telah diamanahkan kepada mereka.

“Ada pula yang ada anak dibuang dan didera, sayang sangat sebab Tuhan bagi bukan untuk itu.

“Kadangkala bila saya dengar isu sebegini saya termenung dan terfikir kenapa Tuhan bagi dekat orang macam tu. Patut bagi pada saya yang tahu dan mahu jaga anak.

“Kita kena ingat, apa yang kita buat ada balasannya, tanggung lah nanti jika buat begitu,”katanya.

Terdahulu, konsep kehidupan tanpa zuriat cukup popular di media sosial seperti TikTok, Instagram dan YouTube sehingga ia menjadi perdebatan ramai.

Selain dipercayai bertujuan sebahagian daripada gaya hidup, keputusan untuk tidak memiliki anak juga didorong oleh faktor ekonomi. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya