Potensi kerjasama Malaysia-Uzbekistan sektor petroleum, gas

Potensi kerjasama Malaysia-Uzbekistan sektor petroleum, gas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Luar Negeri Uzbekistan,

Bakhtiyor Saidov akan mengadakan Lawatan Rasmi ke Malaysia, esok.

Lawatan itu sebagai susulan kepada perbincangan yang diadakan semasa Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara itu pada Mei lalu.

Kementerian Luar dalam kenyataan memaklumkan, semasa lawatan tersebut, Bakhtiyor Saidov akan mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri bagi membincangkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

“Perbincangan itu turut bersama Menteri Luar,  Datuk Seri Mohamad Hasan yang akan bertukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa berkepentingan bersama.

“Ia bagi memperkukuhkan lagi hubungan dua hala sedia ada dan meneroka kerjasama baharu, khususnya dalam sektor perdagangan, pelaburan, tenaga, pelancongan dan industri halal,” katanya hari ini.

Delegasi Uzbekistan juga akan mengadakan mesyuarat dengan Petronas bagi membincangkan potensi kerjasama dalam sektor petroleum dan gas serta industri kimia di Uzbekistan.

Jelas Wisma Putra, Malaysia dan Uzbekistan telah mempergiatkan hubungan dua hala pada tahun ini dengan pertukaran lawatan antara kedua-dua negara serta penganjuran bersama acara perniagaan di Samarkand pada Mei lalu.

Uzbekistan merupakan rakan perdagangan kedua terbesar dalam kalangan negara Asia Tengah bagi Malaysia pada tahun lalu, dengan jumlah perdagangan Malaysia-Uzbekistan sebanyak RM451.1 juta (AS$94.03 juta). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya