KLANG: Persiaran Raja Muda Musa di sini, yang menjadi ‘port’ lumba haram motosikal pada malam minggu digempur polis habis-habisan dengan penahanan seramai 150 individu, awal pagi tadi. Kesemua mereka termasuk beberapa wanita berusia 15 hingga 30 tahun itu diberkas selepas 16 jalan termasuk laluan ‘tikus’ di sekitar Kompleks Sukan Pandamaran berkenaan dikepung, kira-kira pukul 3 pagi. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati kawasan itu dipenuhi kumpulan mat rempit yang melakukan aksi berbahaya dan berlumba di jalan sejauh tiga kilometer (km) tersebut bermula pukul 12 tengah malam. Tindakan itu bagaimanapun mengundang padah apabila…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya