PETALING JAYA: Siasatan pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah akan dijalankan dengan telus dan adil. Itu penegasan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain yang sama sekali tidak akan melindungi anggotanya yang terlibat dengan jenayah. Kata beliau, siasatan akan dijalankan dengan sewajarnya meskipun suspek yang terlibat dalam pembunuhan itu merupakan anggota polis. “Anggota polis yang melakukan jenayah akan menghadapi keadilan atas apa yang mereka lakukan. Jangan harap kami akan melindungi perbuatannya,” katanya ketika dihubungi di sini. Dalam pada itu, beliau mengingatkan semua warga PDRM…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya