PETALING JAYA : Polis membongkar kegiatan Geng Kribo yang menjadikan sebuah rumah kosong di Batu 14, Hulu Langat sebagai rumah penampungan bagi ‘menyimpan’ pendatang asing tanpa izin (PATI) sebelum diseludup keluar dari negara ini. Kegiatan itu dikesan menerusi Op Pintas oleh Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, kira-kira pukul 5.10 petang semalam. Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, menerusi operasi itu, sebanyak 32 PATI termasuk 14 wanita ditahan. Katanya, semakan mendapati empat lelaki migran terbabit adalah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya