PETALING JAYA: Polis mengesahkan lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah adalah teman lelakinya. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek berusia 26 tahun terbabit ditahan susulan siasatan yang dilakukan berhubung kehilangan mangsa. “Berpandukan siasatan terhadap suspek membawa kepada penemuan mayat mangsa di ladang kelapa sawit Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, petang semalam. “Bagaimanapun, motif pembunuhan masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini. Suspek kini dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu untuk permohonan reman. Semalam, Nur Farah yang dilaporkan hilang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya